theme-sticky-logo-alt
October 2, 2026
68 Views

“Bersediakah Pas Menerima Zahid Sebagai Perdana Menteri?”-Mahfuz Omar

JOHOR BAHRU: Pas perlu menjelaskan sama ada bersedia menerima Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pas atau Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu wajar diberi perhatian susulan ramalan penganalisis politik,... Read More

JOHOR BAHRU: Pas perlu menjelaskan sama ada bersedia menerima Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pas atau Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu wajar diberi perhatian susulan ramalan penganalisis politik, Ong Kian Ming bahawa Zahid berpotensi menjadi Perdana Menteri sekiranya BN dan PN membentuk kerajaan selepas PRU16.

Menurutnya, Ong menjangkakan Zahid mendapat sokongan parti dari Sabah dan Sarawak untuk memegang jawatan berkenaan sekiranya gabungan BN-PN memenangi PRU16.

“Namun, saya tidak mahu membuat kesimpulan bagi pihak rakyat.

“Tetapi perkembangan ini menimbulkan dua persoalan besar yang wajar dijawab secara terbuka.

“Pertama, bersediakah Pas menerima Zahid sebagai Perdana Menteri?” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mahfuz berkata persoalan itu timbul kerana pada awal pembentukan Kerajaan Perpaduan, Pas pernah mempersoalkan kedudukan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika beliau berdepan 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Katanya, hari ini nama individu yang sama disebut sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya gabungan BN dan Pas memenangi PRU16.

“Maka rakyat berhak bertanya kepada Pas.

“Dulu ketika Zahid mahu menjadi TPM, 47 pertuduhan menjadi persoalan. Kalau hari ini Zahid mahu menjadi PM, apakah 47 pertuduhan itu sudah tidak lagi menjadi persoalan?” katanya.

Mahfuz berkata persoalan berkenaan wajar dijelaskan secara terbuka oleh Pas susulan perkembangan politik semasa.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading