theme-sticky-logo-alt
October 2, 2026
26 Views

“Tuanku Muhriz Tuanku Munawir Telah Mencampuri Urusan Adat Di luak,”- Undang

KUALA LUMPUR: Undang Yang Empat yang dipertikai serta Tunku Besar Tampin mendakwa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah mencampuri urusan adat di luak, selain melanggar batas kuasa yang ditetapkan menerusi Perjanjian 1898. Dalam kenyataan bersama, mereka menegaskan Perjanjian 29 April 1898 antara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Yang Empat merupakan asas kepada struktur perlembagaan... Read More

KUALA LUMPUR: Undang Yang Empat yang dipertikai serta Tunku Besar Tampin mendakwa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah mencampuri urusan adat di luak, selain melanggar batas kuasa yang ditetapkan menerusi Perjanjian 1898.

Dalam kenyataan bersama, mereka menegaskan Perjanjian 29 April 1898 antara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Yang Empat merupakan asas kepada struktur perlembagaan negeri itu, yang turut diperkukuh melalui Perjanjian 1934.

Menurut Malaysia Kini, tindakan Tuanku Muhriz mencampuri urusan Luak Rembau dan Sungei Ujong adalah bertentangan dengan Fasal 3 dan 4 Perjanjian 1898.

Fasal berkenaan, antara lain, menetapkan batas campur tangan Yang di-Pertuan Besar dalam urusan luak serta hubungan baginda dengan Undang.

Mereka turut menegaskan larangan campur tangan dalam urusan luak mempunyai latar sejarah yang panjang, termasuk konflik dan pertumpahan darah yang berlaku sepanjang abad ke-19.

“Larangan campur tangan dalam urusan luak ialah pantang larang yang mempunyai latar sejarah berdarah. Sepanjang abad ke-19, campur tangan dalam pemilihan dan urusan dalaman luak mencetuskan perebutan kuasa, permusuhan dan pertumpahan darah yang hampir memecahkan konfederasi Negeri Sembilan.

“Memorandum Gabenor Weld bertarikh 23 Disember 1885 sendiri merujuk kepada ‘the old Rembau feuds, and political and dynastic antagonisms’, serta perselisihan yang telah lama wujud antara Yam Tuan dengan para Datoh dan ketua-ketua luak, yang hanya dapat diselesaikan melalui rundingan berasingan dengan semua pihak,” menurut kenyataan itu.

Mereka berkata, Perjanjian 1898 merupakan penyelesaian muktamad terhadap sejarah konflik berkenaan, dengan Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Undang dan sebagai balasannya, baginda tidak mencampuri urusan luak.

“Melanggar syarat ini bermakna meruntuhkan asas yang menyatukan Negeri Sembilan,” tegas mereka.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading