theme-sticky-logo-alt
October 3, 2026
39 Views

“Seramai 37,313 PATI Ditangkap Dari Januari Hingga September,”-Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10,374 operasi penguatkuasaan digerakkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari hingga 29 September lalu bagi menangani isu pendatang tanpa izin. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sepanjang tempoh berkenaan, seramai 137,603 individu diperiksa menerusi pelbagai serbuan dan operasi penguatkuasaan... Read More

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10,374 operasi penguatkuasaan digerakkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari hingga 29 September lalu bagi menangani isu pendatang tanpa izin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sepanjang tempoh berkenaan, seramai 137,603 individu diperiksa menerusi pelbagai serbuan dan operasi penguatkuasaan di lapangan.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 37,313 pendatang tanpa izin ditangkap.

“Alhamdulillah, usaha KDN dan JIM menangani isu pendatang tanpa izin terus digerakkan setiap hari.

“Isu ini merupakan masalah legasi yang sekian lama membelenggu negara akibat kelonggaran dan ketirisan dalam sistem pentadbiran terdahulu,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya pada Sabtu.-Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading