theme-sticky-logo-alt
September 26, 2026
197 Views

“Gaji Minimum RM1,700 Akan Dinaikkan,”-Anwar Ibrahim

SHAH ALAM: Kadar gaji minimum sebanyak RM1,700 dijangka dinaikkan, dengan perinciannya akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini. Anwar berkata, semakan dan kajian berkaitan pelarasan gaji minimum kini berada pada peringkat akhir sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat. Menurut UTUSAN,pelarasan itu dijangka dapat mengurangkan kebimbangan terhadap jurang... Read More

SHAH ALAM: Kadar gaji minimum sebanyak RM1,700 dijangka dinaikkan, dengan perinciannya akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini.

Anwar berkata, semakan dan kajian berkaitan pelarasan gaji minimum kini berada pada peringkat akhir sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurut UTUSAN,pelarasan itu dijangka dapat mengurangkan kebimbangan terhadap jurang pendapatan yang ketara dan dilihat tidak adil, khususnya bagi graduan yang bakal memasuki alam pekerjaan.

Katanya, Malaysia masih berdepan isu keadilan dalam pemberian gaji apabila terdapat syarikat yang mencatatkan keuntungan sehingga berbilion ringgit, namun peningkatan gaji pekerja tidak seiring dengan prestasi berkenaan.

“Masalahnya kita sudah naikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500 dan sekarang RM1,700 iaitu minimum untuk sektor swasta.

“Kadar upah di Malaysia, produktiviti meningkat tetapi kadar upah meningkat sangat rendah. Kita gunakan kuasa kerajaan untuk menekan sedikit.

“Sejak saya jadi Perdana Menteri, saya tukar fokus itu, kadang-kadang bonus untuk ketua pegawai eksekutif (CEO), lapan bulan, pekerja bawahan pula dua bulan.

“Tak setuju, saya patahkan sikap itu, kalau bonus tiga bulan, CEO pun tiga bulan, pekerja tukang angkat sampah pun sama.

“Sebab, gaji CEO RM40,000 yang tukang angkat sampah pula RM2,000, sudahlah gajinya berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam forum pada Himpunan Mesra Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading