theme-sticky-logo-alt
October 11, 2026
80 Views

“Kami Bukan Sekadar Hantar Asap Tetapi Juga Oksigen,”-Syahganda Nainggolan

JAKARTA: Indonesia meminta Malaysia dan Singapura memahami bahawa kebakaran hutan dan tanah yang mencetuskan jerebu rentas sempadan ketika ini didakwa berpunca daripada fenomena alam, bukannya kesilapan manusia. Menurut Sinar Harian,Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia (Bakom), Syahganda Nainggolan berkata, kerajaan republik itu memahami kebimbangan negara jiran berhubung pencemaran udara susulan kebakaran hutan yang melanda beberapa wilayah... Read More

JAKARTA: Indonesia meminta Malaysia dan Singapura memahami bahawa kebakaran hutan dan tanah yang mencetuskan jerebu rentas sempadan ketika ini didakwa berpunca daripada fenomena alam, bukannya kesilapan manusia.

Menurut Sinar Harian,Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia (Bakom), Syahganda Nainggolan berkata, kerajaan republik itu memahami kebimbangan negara jiran berhubung pencemaran udara susulan kebakaran hutan yang melanda beberapa wilayah Indonesia.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kejadian berkenaan berlaku di luar kawalan manusia dan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada fenomena alam.

“Jadi, kami juga meminta semua negara jiran memahami bahawa perkara ini berlaku di luar faktor kesilapan manusia. Ini benar-benar fenomena alam,” katanya ketika ditemui di pejabat Institut Ketahanan Nasional (Lemhannas), Jakarta, pada Sabtu.

Memetik laporan Kompas, Syahganda berkata, hubungan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia kekal baik meskipun kedua-dua negara berdepan isu pencemaran udara rentas sempadan.

Menurutnya, kerajaan Indonesia turut memberikan penjelasan kepada Malaysia dan Singapura mengenai perkembangan situasi kebakaran hutan serta langkah yang sedang diambil bagi menangani masalah berkenaan.

Dalam pada itu, Syahganda turut membangkitkan sumbangan kawasan hutan Indonesia kepada negara jiran, dengan mendakwa republik itu bukan sahaja menjadi sumber asap ketika kebakaran berlaku, malah turut membekalkan oksigen melalui kawasan hutannya yang luas.

“Kami bukan sekadar menghantar asap, tetapi apabila tiada asap, kami menghantar oksigen.

“Oksigen di Singapura dan Malaysia juga datang daripada hutan-hutan kami,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika isu jerebu rentas sempadan kembali menjadi perhatian susulan kebakaran hutan dan tanah di beberapa wilayah Indonesia yang menjejaskan kualiti udara di rantau ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading