theme-sticky-logo-alt
October 11, 2026
76 Views

“Istilah vs Aqidah Mana Lagi Berat?”-Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mengecam pempengaruh media sosial, Lim Sian See, berhubung penggunaan istilah berkaitan liwat. Menurutnya, kecaman terhadap Lim hanya disebabkan penggunaan istilah berkenaan disifatkan sebagai kurang wajar, lebih-lebih lagi apabila individu tersebut bukan beragama Islam. Beliau turut membangkitkan isu dakwaan individu Melayu... Read More

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mengecam pempengaruh media sosial, Lim Sian See, berhubung penggunaan istilah berkaitan liwat.

Menurutnya, kecaman terhadap Lim hanya disebabkan penggunaan istilah berkenaan disifatkan sebagai kurang wajar, lebih-lebih lagi apabila individu tersebut bukan beragama Islam.

Beliau turut membangkitkan isu dakwaan individu Melayu menyertai ritual keagamaan lain, termasuk membawa kavadi dan mencucuk lidah, yang menurutnya perlu diberikan perhatian lebih serius.

“Tak manis kecam Lim Sian See hanya kerana istilah ‘lighad/liwat’. Lagi pun dia belum Islam.

“Melayu bawa ‘kavadi/cucuk lidah’ lagi dahsyat. Takkan duk diam? Istilah vs Aqidah, berat mana? Berpada-pada bro!” katanya menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu memperlihatkan pendirian Ridhuan Tee yang mempersoalkan keutamaan dalam memberikan reaksi terhadap isu penggunaan istilah berbanding perkara yang menyentuh akidah umat Islam.

Bagaimanapun, dakwaan berhubung individu beragama Islam melakukan ritual agama lain masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Terdahulu, JAIS memaklumkan pihaknya belum dapat mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan dan tidak menolak kemungkinan bahan yang tular telah disunting menggunakan teknik superimpose atau kecerdasan buatan (AI).

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading