theme-sticky-logo-alt
September 25, 2026
53 Views

“Pembatalan Pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan Telah Diwartakan,”-Kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah diwartakan secara rasmi. Perkara itu dinyatakan menerusi Warta Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 24 September 2026 di bawah N.S. P.U. 18, yang menyebut pembatalan berkenaan berkuat kuasa serta-merta mulai 20 September lalu. “Bahawasanya... Read More

SEREMBAN: Pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah diwartakan secara rasmi.

Perkara itu dinyatakan menerusi Warta Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 24 September 2026 di bawah N.S. P.U. 18, yang menyebut pembatalan berkenaan berkuat kuasa serta-merta mulai 20 September lalu.

“Bahawasanya menurut Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selain daripada Menteri Besar memegang jawatannya selama diperkenan oleh Beta…

“Bahawasanya memandangkan kalian (exco) telah melanggar ikrar taat setia tersebut maka, Beta dengan ini menarik balik perkenan Beta dan membatalkan pelantikan kalian sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

Warta berkenaan turut menyatakan kesemua 10 Exco terbabit sebelum ini telah mengangkat dan menandatangani sumpah serta ikrar taat setia di hadapan Tuanku Muhriz pada 7 Ogos 2026 sebelum menjalankan tugas sebagai anggota pentadbiran negeri.

“Pembatalan pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026.

“Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” menurut warta itu.

Sepuluh Exco yang disenaraikan ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading