theme-sticky-logo-alt
September 24, 2026
59 Views

“Jika Benar Dipaksa Siapa Yang Memaksa?”-Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mempersoalkan perubahan pendirian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berhubung Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Menerusi Hantaran Di Facebook, meskipun Ismail mengeluarkan kenyataan sepanjang tujuh halaman menyentuh soal adat, Perlembagaan,... Read More

KUALA LUMPUR: Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mempersoalkan perubahan pendirian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berhubung Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menerusi Hantaran Di Facebook, meskipun Ismail mengeluarkan kenyataan sepanjang tujuh halaman menyentuh soal adat, Perlembagaan, mandat rakyat dan bidang kuasa, masih terdapat persoalan asas yang menurutnya belum dijelaskan, khususnya mengenai perubahan pendirian Menteri Besar dalam tempoh 9 hingga 15 September.

Beliau mengimbas bahawa Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos sebelum menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan baginda pada 3 Ogos. Rekod rasmi kerajaan negeri mengesahkan istiadat angkat sumpah itu berlangsung di Istana Besar Seri Menanti di hadapan Tuanku Muhriz.

Tengku Zafrul turut merujuk pendirian Ismail pada 6 September yang menyatakan sokongan dan taat setia kepada Tuanku Muhriz, sebelum Menteri Besar itu pada 9 September mendakwa tandatangannya pada dokumen berkenaan dibuat tanpa rela hati dan secara paksaan.

Pada 9 September, Ismail turut memaklumkan beliau membuat laporan polis dan kerajaan negeri ketika itu berpendirian Surat Cara berkenaan tidak memenuhi proses serta tatacara di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, selain menyifatkannya tidak sah, tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Pada 15 September Ismail masih menegaskan bahawa sesuatu proklamasi tidak dengan sendirinya mewujudkan kuasa perlembagaan, sebaliknya sumber kuasa, syarat dan prosedur yang ditetapkan perlu terlebih dahulu dipastikan

Bagaimanapun, mesyuarat Exco yang dipengerusikan Ismail pada 15 September kemudiannya mengambil keputusan secara kolektif bahawa proklamasi berkenaan telah lengkap dan berkuat kuasa. Keputusan tersebut diumumkan pada 16 September, sebelum Ismail kemudian mengesahkan keputusan Exco serta arahan supaya proses pewartaan diteruskan.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul mengemukakan lima persoalan kepada Ismail, termasuk sama ada beliau benar-benar dipaksa menandatangani dokumen tersebut, siapa yang didakwa melakukan paksaan dan apakah yang berlaku sehingga menyebabkan perubahan pendirian kerajaan negeri dalam tempoh berkenaan.

Beliau turut mempersoalkan sama ada terdapat tekanan terhadap Ismail ketika perubahan pendirian itu berlaku serta meminta Menteri Besar menjelaskan pihak yang ditemuinya sepanjang tempoh berkenaan.

“Apa yang sebenarnya berubah antara 9 dan 15 September?” soalnya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading