theme-sticky-logo-alt
September 7, 2026
28 Views

“Negara Luar Ikuti Perkembangan Politik Malaysia Bukan Sesuatu Yang Janggal,”- Zambry Abdul Kadir

PUTRAJAYA: Tindakan sesebuah negara mengikuti perkembangan politik Malaysia bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan setiap negara mempunyai kepentingan tersendiri terhadap perkembangan yang berlaku di negara lain. Menurut Awani, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS)... Read More

PUTRAJAYA: Tindakan sesebuah negara mengikuti perkembangan politik Malaysia bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan setiap negara mempunyai kepentingan tersendiri terhadap perkembangan yang berlaku di negara lain.

Menurut Awani, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014.

Bagaimanapun, Zambry berkata beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengesahkan atau menafikan dakwaan itu kerana perbualan berkenaan didakwa berlaku antara Abdul Hadi dengan pihak berkuasa AS.

“Itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru sendiri berkaitan dengan apa yang beliau alami.

“Di peringkat kita, untuk mengiyakan atau menafikan, perbualan itu berlaku antara beliau (PAS) dengan pihak berkuasa Amerika pada waktu itu.

“Bagi sesiapa yang tahu tentang apa yang dilakukan oleh negara-negara tertentu yang sentiasa mengikuti perkembangan negara kita, tentunya ia bukan sesuatu yang janggal.

“Setiap negara tentunya mahu mengikuti perkembangan,” Tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tajaan kepada Pelajar Terbaik STPM 2025, di sini, pada Isnin.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading