theme-sticky-logo-alt
September 8, 2026
15 Views

“PH Sedia Bertanding Solo,”-Amirudin Shari

SEPANG: Pakatan Harapan (PH) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk bertanding tanpa kerjasama dengan Barisan Nasional (BN). Menurut Buletin TV3, Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang keputusan rasmi berkaitan kerjasama mahupun pembahagian kerusi dengan BN bagi menghadapi pilihan raya negeri... Read More

SEPANG: Pakatan Harapan (PH) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk bertanding tanpa kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Menurut Buletin TV3, Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang keputusan rasmi berkaitan kerjasama mahupun pembahagian kerusi dengan BN bagi menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

Beliau berkata, PH juga bersedia sekiranya akhirnya perlu bertanding secara solo tanpa kerjasama dengan BN.

Menurut Amirudin, perbincangan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setakat ini hanya diadakan secara dalam talian dan belum memasuki peringkat rundingan rasmi.

“Setakat hari ini belum. Kalau ada, kita ada. Kalau tak ada, lawan atau tak lawan.

“Benda ini dibangkitkan dan mereka bersedia berbincang, kita kata okay dan akan bincang. Tetapi tarikh dan masa tidak dinyatakan,” katanya kepada pemberita di NCT Smart Industrial City, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, sebarang keputusan berhubung bentuk kerjasama antara PH dan BN bagi menghadapi PRN Melaka masih bergantung kepada perbincangan lanjut antara kedua-dua pihak.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading