theme-sticky-logo-alt
September 7, 2026
34 Views

“DUN Melaka Dijangka Bubar Hujung Bulan Ini,”- Ab. Rauf Yusoh

MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijangka dibubarkan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Menurut UTUSAN ,Ketua Menteri, Datuk Seri Ab.Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa pembubaran itu akan dibuat dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi. “Tak lama lagi (akan bubar). Saya kata hari itu empat kali Jumaat lagi,... Read More

MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijangka dibubarkan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut UTUSAN ,Ketua Menteri, Datuk Seri Ab.Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa pembubaran itu akan dibuat dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.

“Tak lama lagi (akan bubar). Saya kata hari itu empat kali Jumaat lagi, (tetapi kini) dah tinggal dua kali Jumaat saja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis minum pagi dan sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Bertam Ulu, di sini, hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa Ab. Rauf mempercepatkan pengumuman pembubaran DUN Melaka bagi membuka laluan kepada PRN.

Menurut Ahmad Zahid, pengumuman itu tidak seharusnya ditangguhkan terlalu lama kerana rakyat, khususnya golongan muda, perlu diberikan ruang untuk menentukan hala tuju dan masa depan negeri berkenaan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading