theme-sticky-logo-alt
September 8, 2026
29 Views

“Pesanan Tun Razak Mengenai Tiga ‘C’ Masih Relevan Hingga Kini,”-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Tiga ancaman yang pernah diberi perhatian oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein  komunisme, komunalisme dan rasuah terus mempunyai kaitan dengan cabaran yang dihadapi negara hari ini. Menurut Buletin TV3, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun ancaman komunisme dalam bentuk perjuangan bersenjata tidak lagi berlaku seperti suatu ketika dahulu, pengaruh ideologi asing... Read More

KUALA LUMPUR: Tiga ancaman yang pernah diberi perhatian oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein  komunisme, komunalisme dan rasuah terus mempunyai kaitan dengan cabaran yang dihadapi negara hari ini.

Menurut Buletin TV3, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun ancaman komunisme dalam bentuk perjuangan bersenjata tidak lagi berlaku seperti suatu ketika dahulu, pengaruh ideologi asing yang mampu membentuk pemikiran masyarakat masih perlu diberi perhatian.

“Corruption masih jadi satu masalah besar. Mudah-mudahan kita tidak terlepas daripada pesanan pemimpin negara yang boleh menerobos waktu dan melihat hal yang boleh menyelamatkan negara dan dihindari generasi hari ini dan akan datang,” katanya ketika berucap pada Program Mengenang Negarawan Tun Abdul Razak di Memorial Tun Abdul Razak, hari ini.

Mengimbas kembali pemikiran Tun Abdul Razak pada era 1970-an, Anwar berkata tiga ‘C’ itu dilihat sebagai ancaman utama kepada sebuah negara yang ketika itu masih muda.

‘C’ yang pertama ialah komunisme yang ketika itu hadir dalam bentuk gerakan bersenjata sehingga mengorbankan anggota keselamatan.

‘C’ yang kedua ialah komunalisme atau politik berasaskan sentimen kaum, yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sebuah negara berbilang kaum sekiranya tidak dikawal dengan baik.

“C yang ketiga, bayangkan pada tahun 70-an, Tun Razak menyebut ancaman ketiga yang bahaya kepada negara, korupsi,” katanya.

Anwar berkata, pandangan Tun Abdul Razak mengenai tiga ancaman itu membuktikan bahawa sebahagian daripada cabaran yang dihadapi negara boleh berubah bentuk mengikut zaman, namun kesannya terhadap kestabilan dan masa depan negara kekal signifikan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading