theme-sticky-logo-alt
August 27, 2026
100 Views

“Mana Surat MB Kononnya Beri jaminan?”-Zamri Vinoth

KUALA LUMPUR: Zamri Vinoth mempersoalkan dakwaan bahawa Menteri Besar Perlis pernah memberikan jaminan berhubung isu sebuah rumah ibadat Hindu di negeri itu, sambil mendakwa notis telah diberikan sebanyak tiga kali sebelum ini. Mana surat MB kononnya beri jaminan? Sedangkan dah 3 kali bagi notiskan? Soalnya. Menerusi hantaran di Facebook, Zamri turut mendakwa terdapat empat kuil... Read More

KUALA LUMPUR: Zamri Vinoth mempersoalkan dakwaan bahawa Menteri Besar Perlis pernah memberikan jaminan berhubung isu sebuah rumah ibadat Hindu di negeri itu, sambil mendakwa notis telah diberikan sebanyak tiga kali sebelum ini.

Mana surat MB kononnya beri jaminan? Sedangkan dah 3 kali bagi notiskan? Soalnya.

Menerusi hantaran di Facebook, Zamri turut mendakwa terdapat empat kuil yang mempunyai status sah di Perlis, dengan jumlah masyarakat Hindu di negeri itu sekitar 3,000 orang.

Beliau turut merujuk syarat berkaitan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang menurutnya menetapkan sebuah rumah ibadat perlu mewakili setiap 5,000 penganut.

“Untuk makluman di Perlis tiada gangguan kepada 4 kuil halal cuma apakah keperluan 7 lagi kuil haram?” katanya dalam hantaran tersebut.

Zamri turut mempersoalkan mengapa rumah ibadat yang mempunyai status sah tidak digunakan dan dipertahankan, selain mendakwa empat kuil sedia ada mempunyai kapasiti mencukupi berbanding jumlah penduduk Hindu di negeri itu.

Menurutnya, perkara itu perlu dilihat dari sudut kedaulatan undang-undang dan bukannya semata-mata sebagai isu agama.

“Ini soal kedaulatan undang-undang! Adilkah kepada penganut agama lain dan kuil-kuil yang dibina secara halalan ikut undang-undang bilamana ada pihak buat kuil haram main redah pacak sana sini dan claim itu dan ini?” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading