theme-sticky-logo-alt
August 27, 2026
209 Views

“Dana Tersebut Digunakan Untuk Kebajikan Bukan Kepentingan Politik,”-Arul Kumar

SEREMBAN: Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan memohon kerajaan negeri mempertimbangkan semula arahan supaya mereka memulangkan peruntukan yang diterima bagi tempoh Julai hingga September susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 5 Jun lalu. Menurut Sinar Harian,Wakil ADUN pembangkang, J Arul Kumar berkata, sebahagian daripada peruntukan berkenaan telah digunakan untuk... Read More

SEREMBAN: Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan memohon kerajaan negeri mempertimbangkan semula arahan supaya mereka memulangkan peruntukan yang diterima bagi tempoh Julai hingga September susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 5 Jun lalu.

Menurut Sinar Harian,Wakil ADUN pembangkang, J Arul Kumar berkata, sebahagian daripada peruntukan berkenaan telah digunakan untuk tujuan kebajikan rakyat, malah terdapat ADUN yang telah membelanjakan keseluruhan dana tersebut.

“Apabila kita terima peruntukan itu, sudah tentulah kita telah salurkan kepada individu ataupun mana-mana organisasi seperti sekolah, persatuan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Kampung (JPKK),” katanya.

Menurut beliau, dana berkenaan tidak digunakan untuk kepentingan peribadi atau tujuan politik, sebaliknya disalurkan bagi membiayai pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Kita tidak menggunakan dana ini untuk kegunaan sendiri ataupun untuk tujuan politik, tetapi semuanya digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan,” Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Seremban, pada Khamis.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading