theme-sticky-logo-alt
October 13, 2026
20 Views

“Anak Hasil Perkahwinan Melayu Dengan Warga Asing Islam Boleh Didaftarkan Sebagai Melayu, “-Saifuddin Nasution

PETALING JAYA: Anak hasil perkahwinan antara warganegara Malaysia berketurunan Melayu dengan warga asing beragama Islam boleh didaftarkan mengikut keturunan Melayu atau keturunan ibu atau bapa yang merupakan warga asing. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ibu bapa mempunyai pilihan untuk menentukan keturunan anak mereka bagi tujuan pendaftaran, tertakluk kepada perkahwinan yang sah.... Read More

PETALING JAYA: Anak hasil perkahwinan antara warganegara Malaysia berketurunan Melayu dengan warga asing beragama Islam boleh didaftarkan mengikut keturunan Melayu atau keturunan ibu atau bapa yang merupakan warga asing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ibu bapa mempunyai pilihan untuk menentukan keturunan anak mereka bagi tujuan pendaftaran, tertakluk kepada perkahwinan yang sah.

“(Perkahwinan sah) warganegara asing beragama Islam dengan warganegara Malaysia berketurunan Melayu, ibu atau bapa kanak-kanak boleh memilih sama ada kanak-kanak tersebut didaftarkan mengikut keturunan ibu atau bapa, sama ada berketurunan Melayu atau mengikut keturunan warganegara asing berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis).

Hok Liong sebelum itu meminta penjelasan sama ada warga asing yang berkahwin dengan individu Melayu beragama Islam boleh dianggap sebagai Bumiputera, sekali gus menikmati hak dan keistimewaan yang berkaitan.

Mengulas perkara itu, Saifuddin menjelaskan bahawa perkahwinan dengan warganegara Malaysia berketurunan Melayu tidak secara automatik mengubah keturunan pasangan warga asing berkenaan kepada Melayu.

Menurutnya, keturunan asal warga asing tersebut kekal meskipun telah berkahwin secara sah dengan individu Melayu beragama Islam.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, seseorang individu ditakrifkan sebagai Melayu sekiranya menganut agama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu serta memenuhi syarat berkaitan kelahiran atau pemastautinan yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

Peruntukan berkenaan turut merangkumi kriteria berkaitan kelahiran atau pemastautinan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading