theme-sticky-logo-alt
August 26, 2026
71 Views

“BERSATU Setuju Tindakan Dua ADUN Pahang Sokong Wan Rosdy,”

KUALA LUMPUR: BERSATU mengambil maklum tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang daripada parti itu yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dua wakil rakyat terbabit ialah ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin dan ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd... Read More

KUALA LUMPUR: BERSATU mengambil maklum tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang daripada parti itu yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dua wakil rakyat terbabit ialah ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin dan ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus.

Menurut beliau, sokongan berkenaan dibuat menerusi satu pemeteraian perjanjian persefahaman yang ditandatangani Wan Rosdy bersama kedua-dua ADUN berkenaan.

Ahmad Faizal berkata, kedua-dua wakil rakyat itu sebelum ini telah menyatakan hasrat mereka kepada pucuk pimpinan parti untuk berbuat demikian dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

Katanya, Biro Politik BERSATU yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membincangkan perkara itu dari pelbagai sudut dan secara dasarnya menyokong tindakan berkenaan.

“Keputusan itu dibuat bagi menjamin kestabilan politik di Pahang serta memastikan kebajikan rakyat di kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri,” Ujar beliau.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading