theme-sticky-logo-alt
August 26, 2026
45 Views

“DAPSY Gesa Anwar Beri Tiga ‘Hadiah Hari Kebangsaan’ Kepada Rakyat,”-Woo Kah Leong

KUALA LUMPUR: DAPSY menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan tiga “hadiah Hari Kebangsaan” kepada rakyat menerusi ucapan Hari Kebangsaan akan datang, termasuk meningkatkan kuota subsidi petrol Budi MADANI kepada 300 liter sebulan. Pengerusi Kebangsaan DAPSY, Woo Kah Leong berkata dua lagi cadangan ialah meningkatkan kuota subsidi diesel di Malaysia Timur supaya lebih mencerminkan... Read More

KUALA LUMPUR: DAPSY menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan tiga “hadiah Hari Kebangsaan” kepada rakyat menerusi ucapan Hari Kebangsaan akan datang, termasuk meningkatkan kuota subsidi petrol Budi MADANI kepada 300 liter sebulan.

Pengerusi Kebangsaan DAPSY, Woo Kah Leong berkata dua lagi cadangan ialah meningkatkan kuota subsidi diesel di Malaysia Timur supaya lebih mencerminkan keperluan sebenar penduduk Sabah dan Sarawak, selain menaikkan ambang pelaksanaan e-Invois kepada perniagaan yang mencatatkan perolehan tahunan RM5 juta dan ke atas.

Menurutnya, kestabilan dan perpaduan negara perlu dibina di atas asas yang membolehkan rakyat hidup serta bekerja secara bermaruah, manakala semangat Malaysia MADANI perlu diterjemahkan melalui dasar yang menangani keperluan harian rakyat.

“Walaupun konsolidasi fiskal dan reformasi struktur adalah penting, kerajaan perlu menunjukkan lebih banyak fleksibiliti dan kepekaan terhadap kesukaran yang dihadapi rakyat serta mengutamakan kebimbangan masyarakat di peringkat akar umbi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas subsidi petrol Budi MADANI, Woo berkata selepas mekanisme itu dilaksanakan hampir setahun, kuota bulanan wajar dinaikkan kepada 300 liter kerana liputan serta jaringan pengangkutan awam masih tidak mencukupi di banyak kawasan. Katanya, sebahagian besar rakyat dan pekerja masih bergantung kepada kereta serta motosikal untuk perjalanan harian, membawa ahli keluarga dan menguruskan sumber pendapatan.

Bagi subsidi diesel pula, beliau meminta kerajaan mengkaji semula mekanisme sedia ada dengan mengambil kira keadaan geografi dan sosioekonomi Sabah serta Sarawak. Menurutnya, kenderaan pacuan empat roda berkuasa diesel, generator, peralatan pertanian berskala kecil dan pengangkutan sungai merupakan keperluan penting kepada sebahagian masyarakat di Malaysia Timur.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading