theme-sticky-logo-alt
July 16, 2026
118 Views

“Barisan Nasional Hanya Bertanding 25 Calon,”- Tok Mat

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) mengumumkan hanya 25 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Menurut Malaysia Gazette,Timbalan Presiden BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada usaha mencapai persefahaman dengan rakan kerjasama politik dalam menghadapi pilihan raya berkenaan. “BN akan mengumumkan sebanyak 25... Read More

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) mengumumkan hanya 25 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurut Malaysia Gazette,Timbalan Presiden BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada usaha mencapai persefahaman dengan rakan kerjasama politik dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.

“BN akan mengumumkan sebanyak 25 kerusi sahaja kerana kita ada hasrat untuk mengadakan persefahaman bagi mengharungi PRN Negeri Sembilan.

“Jadi, kita tunggulah pengumuman daripada pihak sebelah esok,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jenter dan Pengumuman Calon BN Negeri Sembilan di Stadium Paroi, malam tadi.

Ditanya mengenai individu yang akan diketengahkan sebagai ‘poster boy’ BN bagi PRN Negeri Sembilan, Mohamad berkata perkara itu masih belum diputuskan.

“Tak tahu saya,” katanya ringkas ketika menjawab soalan media.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1