theme-sticky-logo-alt
November 27, 2026
32 Views

Tiga Pegawai TUDM Didakwa Edar 96.2kg Methamphetamine

SHAH ALAM: Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga orang awam didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar 96.2 kilogram methamphetamine menggunakan aset TUDM. Tertuduh ialah Leftenan Amir Ariffudin Aminullah, Leftenan Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin, Tan Sui Seng, Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin dan Afifah... Read More

SHAH ALAM: Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga orang awam didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar 96.2 kilogram methamphetamine menggunakan aset TUDM.

Tertuduh ialah Leftenan Amir Ariffudin Aminullah, Leftenan Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin, Tan Sui Seng, Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin dan Afifah Amdas yang berusia antara 27 hingga 48 tahun.

Kesemua mereka hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 berada dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, enam tertuduh didakwa secara bersama mengedar methamphetamine seberat 96.2 kilogram di Pangkalan TUDM Subang pada 17 November lalu.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Jika hukuman mati tidak dikenakan, pesalah boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali mengikut peruntukan semasa Seksyen 39B.

Kes berkenaan menyusul operasi pihak berkuasa pada 17 November lalu yang membawa kepada penahanan 11 individu, terdiri daripada lima pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam, di beberapa lokasi di Lembah Klang dan Labuan.

Mereka disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah yang didakwa menggunakan aset milik TUDM.

Dalam operasi sama, polis merampas kira-kira 96.64 kilogram dadah disyaki syabu bernilai RM4.83 juta serta 6.98 kilogram bahan kimia.

Kes itu mendapat perhatian susulan dakwaan penggunaan aset ketenteraan dalam aktiviti pengedaran dadah, sekali gus membuka persoalan mengenai kemungkinan penyalahgunaan kemudahan keselamatan bagi kegiatan jenayah terancang.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1