theme-sticky-logo-alt
November 27, 2026
16 Views

Istiadat Angkat Sumpah:Ismail Kekal Menteri Besar Negeri Sembilan

KUALA PILAH: Enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baharu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, hari ini. Pelantikan itu menyaksikan empat wakil Barisan Nasional (BN) dan dua daripada Perikatan Nasional (PN) menyertai barisan pentadbiran negeri, manakala Datuk Ismail... Read More

KUALA PILAH: Enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baharu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, hari ini.

Pelantikan itu menyaksikan empat wakil Barisan Nasional (BN) dan dua daripada Perikatan Nasional (PN) menyertai barisan pentadbiran negeri, manakala Datuk Ismail Lasim kekal sebagai Menteri Besar.

Empat wakil BN ialah ADUN Kota, Suhaimi Aini,ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, ADUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd Jalil dan ADUN Repah daripada MCA, Koh Kim Swee.

Dua wakil PN pula ialah ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad dan ADUN Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria.

Pelantikan baharu itu berlaku selepas 10 Exco terdahulu dilucutkan jawatan berkuat kuasa 20 September susulan kemelut politik membabitkan institusi diraja negeri. Bekas Exco berkenaan kemudiannya memfailkan tindakan mahkamah mencabar pembatalan pelantikan mereka sebelum menarik balik saman itu pada 18 November.

Kedudukan Ismail turut menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu selepas timbul persoalan sama ada beliau masih mempunyai sokongan majoriti ADUN.

Pada 20 November, Ismail berkata Tuanku Muhriz menitahkan beliau meneruskan tugas bagi memastikan kelangsungan pentadbiran. Istana kemudiannya menjelaskan bahawa beliau perlu membuktikan sokongan majoriti serta mengemukakan senarai Exco baharu untuk pertimbangan baginda.

Pembentukan barisan Exco baharu itu kini dijangka membolehkan pentadbiran negeri kembali berfungsi sepenuhnya, termasuk persediaan untuk sidang DUN dan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027.

Sumber: Utusan Malaysia, Bernama.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1