theme-sticky-logo-alt
July 16, 2026
32 Views

Argentina Tempah Tiket Ke Final

ATLANTA: Juara bertahan Argentina mengesahkan tempat ke final Piala Dunia FIFA 2026 selepas bangkit menewaskan England 2-1 dalam aksi separuh akhir yang dramatik di Stadium Atlanta, awal pagi tadi. England terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Anthony Gordon pada minit ke-55, sekali gus meletakkan skuad kendalian Thomas Tuchel di ambang penampilan pertama di pentas final sejak... Read More

ATLANTA: Juara bertahan Argentina mengesahkan tempat ke final Piala Dunia FIFA 2026 selepas bangkit menewaskan England 2-1 dalam aksi separuh akhir yang dramatik di Stadium Atlanta, awal pagi tadi.

England terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Anthony Gordon pada minit ke-55, sekali gus meletakkan skuad kendalian Thomas Tuchel di ambang penampilan pertama di pentas final sejak muncul juara dunia pada 1966.

Namun, Argentina mempamerkan ketenangan dan pengalaman mereka apabila menguasai penghujung perlawanan sebelum menyamakan kedudukan menerusi Enzo Fernández pada minit ke-85 hasil gerakan yang dimulakan Lionel Messi.

Ketika perlawanan dilihat bakal berlanjutan ke masa tambahan, Lautaro Martínez muncul wira Argentina apabila menanduk masuk hantaran Messi pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan 2-1.

Kemenangan itu menyaksikan Argentina mara ke final untuk mempertahankan kejuaraan dunia, dengan mereka dijadual bertemu Sepanyol yang terlebih dahulu menewaskan Perancis dalam satu lagi aksi separuh akhir. England pula akan berdepan Perancis dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading