theme-sticky-logo-alt
November 27, 2026
38 Views

“Ibadah Solat Tidak Boleh Dijadikan Bahan Jenaka,”-Zulkifli Hasan

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan menegur sebuah stesen radio susulan penularan kandungan yang mengaitkan ibadah solat dengan perlawanan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris. Beliau berkata ibadah solat merupakan tiang agama dan syiar suci umat Islam yang wajib dipelihara kemuliaannya serta tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka, hiburan... Read More

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan menegur sebuah stesen radio susulan penularan kandungan yang mengaitkan ibadah solat dengan perlawanan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris.

Beliau berkata ibadah solat merupakan tiang agama dan syiar suci umat Islam yang wajib dipelihara kemuliaannya serta tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka, hiburan atau parodi dalam apa jua bentuk penyiaran.

“Ibadah solat merupakan tiang agama dan syiar suci umat Islam yang wajib dipelihara kemuliaannya, serta sama sekali tidak boleh dijadikan bahan jenaka, hiburan murahan mahupun elemen parodi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Zulkifli, pengamal media dan pencipta kandungan perlu lebih peka terhadap sensitiviti keagamaan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama serta mematuhi garis panduan penyiaran yang ditetapkan.

Beliau menegaskan kebebasan berkarya dan bersuara tidak seharusnya digunakan untuk mempersendakan ritual ibadah atau menyentuh perkara asas akidah sehingga berpotensi mencetuskan kemarahan dan menggugat ketenteraman awam.

Sehubungan itu, pengurusan stesen radio terbabit digesa memastikan kandungan berkenaan diturunkan dengan segera.

Zulkifli turut meminta pihak yang terlibat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam dan mengambil langkah bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Beliau menyeru semua pihak menjadikan platform media sebagai ruang mendidik masyarakat serta memelihara adab dan rasa hormat terhadap kesucian agama.

Kenyataan itu dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 27 November 2026.

Sumber: Kenyataan Media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1