theme-sticky-logo-alt
July 6, 2026
85 Views

“Saya Tidak Tahu Bagaimana PMO Pilih 54 Syarikat Jana Wibawa,”-Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR — Bekas menteri kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mengetahui kaedah yang digunakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk menilai dan memilih 54 syarikat yang dicadangkan bagi melaksanakan projek di bawah Program Jana Wibawa. Zafrul, yang merupakan saksi pendakwaan ke-11, berkata demikian dalam perbicaraan... Read More

KUALA LUMPUR — Bekas menteri kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mengetahui kaedah yang digunakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk menilai dan memilih 54 syarikat yang dicadangkan bagi melaksanakan projek di bawah Program Jana Wibawa.

Zafrul, yang merupakan saksi pendakwaan ke-11, berkata demikian dalam perbicaraan melibatkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berdepan empat pertuduhan salah guna kedudukan bagi mendapatkan suapan berjumlah RM225.3 juta serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan RM200 juta.

Beliau berkata, senarai syarikat berkenaan dikemukakan sendiri oleh Muhyiddin menerusi sepucuk surat bertarikh 13 November 2020.

Menurut Sinar Harian, surat itu mengandungi cadangan pelantikan 54 kontraktor pelaksana bagi 54 projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) secara rundingan terus.

“Pada hari sama Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan memorandum berkaitan Pelan Tindakan Perolehan Kerajaan iaitu pada 13 November 2020, saya menerima surat daripada Tan Sri Muhyiddin selaku Perdana Menteri ketika itu berhubung cadangan pelantikan 54 kontraktor bagi 54 projek di bawah program itu.

“Berdasarkan surat itu, terdapat lampiran yang menyenaraikan tajuk perolehan, nilai perolehan dan cadangan kontraktor bagi setiap projek,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi di Mahkamah Tinggi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading