theme-sticky-logo-alt
July 6, 2026
267 Views

“Pihak Lawan Menggunakan Strategi Hasutan Dan Fitnah Untuk Raih Undi Daripada Bangsa Johor,”- Onn Hafiz Ghazi 

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendakwa pihak lawan menggunakan strategi hasutan, fitnah serta menawarkan ‘janji bulan dan bintang’ bagi meraih sokongan pengundi sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Menerusi hantaran video di Facebook hari ini, beliau bagaimanapun menyatakan keyakinan bahawa pengundi Johor tidak mudah terpengaruh dengan pendekatan sedemikian kerana... Read More

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendakwa pihak lawan menggunakan strategi hasutan, fitnah serta menawarkan ‘janji bulan dan bintang’ bagi meraih sokongan pengundi sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Menerusi hantaran video di Facebook hari ini, beliau bagaimanapun menyatakan keyakinan bahawa pengundi Johor tidak mudah terpengaruh dengan pendekatan sedemikian kerana pernah berdepan situasi sama pada pilihan raya sebelum ini.

Menurut laporan Buletin TV3, taktik berkenaan didakwa pernah digunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan 2022 dalam usaha mempengaruhi sokongan rakyat.

“Sedar tak sedar, sudah seminggu kita berkempen untuk PRN Johor. Seperti yang kita jangkakan, pihak lawan menggunakan strategi hasutan, fitnah dan janji bulan dan bintang untuk meraih undi daripada Bangsa Johor,”

“Namun saya percaya dengan sepenuh hati bahawa Bangsa Johor tidak mudah diperdaya kerana kita telah mengalami suasana yang sama pada tahun 2018 dan juga 2022, apabila mereka menggunakan strategi yang sama untuk menghasut dan meraih undi,” katanya.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading