theme-sticky-logo-alt
July 6, 2026
104 Views

“PH Boleh Menang PRN Johor,”-R. Ramanan

KUALA LUMPUR — Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan perkembangan kempen serta kemunculan gelombang sokongan terhadap calon-calon PH di beberapa kawasan menjelang hari pengundian pada 11 Julai. “Beberapa hari ini, kita sedang melihat bahawa calon-calon PH... Read More

KUALA LUMPUR — Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan perkembangan kempen serta kemunculan gelombang sokongan terhadap calon-calon PH di beberapa kawasan menjelang hari pengundian pada 11 Julai.

“Beberapa hari ini, kita sedang melihat bahawa calon-calon PH mewujudkan satu gelombang kempen tapi gelombang (kempen) itu saat-saat akhir sahaja kita boleh lihat.

“Tapi kali ini sejak awal lagi kita boleh nampak sokongan itu terutama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mula turun kempen di beberapa tempat di DUN Layang-Layang, di Johor Bahru, di Bukit Batu khususnya di kawasan-kawasan calon PH bertanding,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Tambah Ramanan, jentera PH turut menerima maklum balas yang baik daripada pengundi, khususnya penyokong calon yang bertanding.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan siri kempen PRN Johor ke-16 pada 4 Julai lalu.

Anwar dilaporkan mempergiatkan kempen menerusi siri jelajah bagi memperkukuh sokongan terhadap calon serta jentera PH.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading