theme-sticky-logo-alt
June 10, 2026
28 Views

“Tiada Tindakan Lanjut Terhadap Azam Baki,”- AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kes ugutan jenayah membabitkan Tan Sri Azam Baki terhadap ahli perniagaan Albert Tei sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Dalam kenyataan hari ini, AGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas penelitian terhadap kertas siasatan menyeluruh mendapati tiada elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. “AGC telah... Read More

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kes ugutan jenayah membabitkan Tan Sri Azam Baki terhadap ahli perniagaan Albert Tei sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Dalam kenyataan hari ini, AGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas penelitian terhadap kertas siasatan menyeluruh mendapati tiada elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“AGC telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung aduan oleh Tei Jiann Cheing (Albert Tei) terhadap Tan Sri Azam Baki.

“Kertas siasatan tersebut telah diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook rasmi AGC.

Sebelum ini, Albert Tei, 38, membuat beberapa dakwaan terhadap Azam berkaitan pertikaian serta siasatan yang sedang dijalankan.

Antara dakwaan dibuat, ahli perniagaan itu mendakwa beliau diugut, dihalang dan menjadi mangsa ketika cuba mendedahkan dakwaan skandal rasuah membabitkan beberapa ahli politik di Sabah.- Malaysia Gazette

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading