theme-sticky-logo-alt
June 10, 2026
56 Views

“Kuasa Tidak Pernah Jadi Keutamaan PAS,”-Hanif Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pemuda PAS, Hanif Jamaluddin, perjuangan PAS tidak pernah menjadikan kuasa sebagai matlamat utama sebaliknya prinsip Islam menjadi asas utama dalam setiap keputusan parti. Beliau berkata, sekiranya kuasa menjadi keutamaan, sudah tentu pendekatan politik PAS akan berbeza. Namun parti itu tetap mengutamakan prinsip walaupun berdepan risiko kehilangan kedudukan politik. “Selagi prinsip... Read More

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pemuda PAS, Hanif Jamaluddin, perjuangan PAS tidak pernah menjadikan kuasa sebagai matlamat utama sebaliknya prinsip Islam menjadi asas utama dalam setiap keputusan parti.

Beliau berkata, sekiranya kuasa menjadi keutamaan, sudah tentu pendekatan politik PAS akan berbeza. Namun parti itu tetap mengutamakan prinsip walaupun berdepan risiko kehilangan kedudukan politik.

“Selagi prinsip Islam dihormati, kerjasama boleh diteruskan. Tetapi apabila prinsip mula diketepikan, PAS akan tetap mempertahankannya walaupun terpaksa menanggung risiko,” katanya.

“Kuasa boleh datang dan pergi, tetapi prinsip tidak boleh dijual beli,” katanya.

Hanif turut menegaskan bahawa PAS tidak meletakkan kuasa sebagai segala-galanya, sebaliknya menekankan kepentingan istiqamah dalam perjuangan Islam.

“Yang penting bukan secepat mana kita sampai ke destinasi, tetapi memastikan perjalanan itu sentiasa berada di landasan yang betul,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading