theme-sticky-logo-alt
June 10, 2026
109 Views

Kes Barang Kemas:Mahkamah Perintah Rosmah Bayar RM67.5 juta

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL, selepas mendapati beliau bertanggungjawab atas kehilangan 43 barang kemas yang dihantar kepadanya lapan tahun lalu. Menurut Sinar Harian,Hakim Datuk Quay Chew Soon membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat... Read More

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL, selepas mendapati beliau bertanggungjawab atas kehilangan 43 barang kemas yang dihantar kepadanya lapan tahun lalu.

Menurut Sinar Harian,Hakim Datuk Quay Chew Soon membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat kes prima facie kecuaian oleh Rosmah, 75, kerana gagal memulangkan kesemua barang kemas berkenaan kepada pemiliknya.

Ketika menyampaikan keputusan secara dalam talian, mahkamah membenarkan tuntutan saman yang dikemukakan syarikat berpangkalan di Beirut itu dan mengarahkan Rosmah menjelaskan jumlah berkenaan dalam tempoh sebulan bermula hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan Rosmah membayar kos berjumlah RM150,000, dengan masing-masing RM75,000 diberikan kepada plaintif dan pihak ketiga.

Pada 29 Mac 2023, Global Royalty memfailkan saman terhadap Rosmah dan mendakwa beliau memberi kenyataan tidak benar apabila menyatakan bahawa 44 barang kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang diserahkan oleh ejen syarikat itu kepadanya, telah dirampas pihak berkuasa Malaysia di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Menurut syarikat itu, hanya satu daripada 44 barang kemas berkenaan berada dalam simpanan dan kawalan polis, manakala baki 43 lagi tidak berada dalam jagaan pihak berkuasa.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading