theme-sticky-logo-alt
June 10, 2026
140 Views

Pembubaran DUN Negeri Sembilan: “BN Harus Ambil Tanggungjawab,”-Woo Kah Leong

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Harapan, Woo Kah Leong mendakwa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan berpunca daripada tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang didakwanya cuba menggerakkan usaha “tebuk atap”. Dalam kenyataan hari ini, Woo yang juga Ketua DAPSY Kebangsaan menolak dakwaan sesetengah pemimpin BN bahawa parti itu... Read More

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Harapan, Woo Kah Leong mendakwa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan berpunca daripada tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang didakwanya cuba menggerakkan usaha “tebuk atap”.

Dalam kenyataan hari ini, Woo yang juga Ketua DAPSY Kebangsaan menolak dakwaan sesetengah pemimpin BN bahawa parti itu tidak mempunyai pilihan selain bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau mendakwa tindakan 14 ADUN BN itu menyebabkan kerajaan negeri kehilangan majoriti sehingga memaksa Pakatan Harapan (PH) membubarkan DUN dan seterusnya membuat keputusan untuk bertanding di semua kerusi.

Menurut Woo, krisis politik di Negeri Sembilan tidak akan berlaku sekiranya tiada kerjasama antara UMNO dan BN dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menjayakan usaha yang didakwanya sebagai “tebuk atap”.

“BN harus mengambil tanggungjawab atas segala krisis yang berlaku susulan daripada itu, bukannya menyalahkan mana-mana pihak.

“Ketidakstabilan politik dan krisis sedemikian menjejaskan kesejahteraan rakyat. Hanya dengan pembubaran DUN yang mengembalikan kuasa kepada rakyat, kestabilan politik dapat dipulihkan dan pihak yang bertanggungjawab boleh dihukum oleh pengundi,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading