theme-sticky-logo-alt
June 10, 2026
21 Views

“PAS Ini kambing Pun Tidak Tahan Dengan Bau Dia,”- Faiz Fadzil

PARIT BUNTAR – Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil menyifatkan perpecahan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai sesuatu yang telah dijangka susulan sikap parti itu yang didakwanya tamak dalam kerjasama politik. Menurut Malaysia Gazette, Beliau menasihatkan mana-mana parti yang bercadang untuk bekerjasama dengan PAS supaya berhati-hati agar tidak menerima... Read More

PARIT BUNTAR – Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil menyifatkan perpecahan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai sesuatu yang telah dijangka susulan sikap parti itu yang didakwanya tamak dalam kerjasama politik.

Menurut Malaysia Gazette, Beliau menasihatkan mana-mana parti yang bercadang untuk bekerjasama dengan PAS supaya berhati-hati agar tidak menerima nasib sama seperti Bersatu.

“Perpecahan yang berlaku itu memang sudah dijangka kerana itulah sikap PAS dan tidak boleh berkawan dengan orang.

“Dia bila berkawan tidak ada tolak ansur dan tamak. PAS juga akan kenyit mata dengan kawan lain pula kalau dia tengok kawan lain lebih menguntungkan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada perpecahan antara PAS dan Bersatu memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Terdahulu, Muhammad Faiz menghadiri Program Ramah Mesra MADANI Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersama nelayan Perak Zon Utara di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan PAS itu boleh diibaratkan seperti manusia yang menjauhi kambing kerana baunya, namun dalam keadaan tersebut, PAS pula disifatkan sebaliknya.

“Siapa hendak kawan dengan PAS hati-hati. Dia telah buktikan cara politik dia dan seingat saya sudah tujuh kali PAS bekerjasama dan semuanya tidak kekal.

“Dia saya ibaratkan macam kambinglah. Kadang-kadang kita tidak tahan dengan bau kambing tapi PAS ini kambing pun tidak tahan dengan bau dia,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading