theme-sticky-logo-alt
October 16, 2026
20 Views

PRN Melaka: “PKR Bakal Bertanding Sembilan Kerusi DUN,”-Fuziah Salleh

JOHOR BAHRU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka bertanding di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang. Menurut UTUSAN,Setiausaha Agung PKR, Senator Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, senarai calon parti itu kini hampir dimuktamadkan dan dijadual diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Oktober ini. Menurutnya,... Read More

JOHOR BAHRU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka bertanding di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Menurut UTUSAN,Setiausaha Agung PKR, Senator Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, senarai calon parti itu kini hampir dimuktamadkan dan dijadual diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Oktober ini.

Menurutnya, pengumuman calon PKR akan dibuat serentak dengan pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) daripada parti komponen lain yang bakal bertanding pada pilihan raya berkenaan.

“PH akan umumkan calon pada 24 Oktober, minggu depan. Bagi PKR, calon kami lebih kurang sudah dimuktamadkan.

“Insya-Allah, setakat ini kita bertanding di sembilan kerusi. Itu bagi PKR, manakala PH sudah tentu bertanding di semua kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Jelajah Pameran Francais Antarabangsa Malaysia 2027 (Road to FIM2027) Zon Selatan, di sini, hari ini.

Fuziah berkata,

tumpuan utama PKR ketika ini adalah memastikan segala persiapan menghadapi PRN Melaka berjalan lancar, termasuk memperkukuh kesiapsiagaan parti menjelang pertandingan.

“Buat masa ini, apa yang penting adalah untuk kita memastikan persiapan berjalan dengan lancar. Kita akan memberikan saingan yang sengit,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kesiapsiagaan PKR untuk menghadapi persaingan pada pilihan raya negeri berkenaan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading