theme-sticky-logo-alt
June 6, 2026
323 Views

“UMNO Dan BN Gila Kuasa,”-Fadhli Umar Aminolhuda

JOHOR BAHRU – Exco Pemuda Parti Amanah Nasional (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda, mendakwa kerakusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkannya sebagai gila kuasa serta menghalalkan pelbagai tindakan atas alasan kestabilan politik perlu ditolak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atau Negeri Sembilan akan datang. Menurut Malaysia Gazette,UMNO dan BN seolah-olah menganggap negara ini sebagai... Read More

JOHOR BAHRU – Exco Pemuda Parti Amanah Nasional (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda, mendakwa kerakusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkannya sebagai gila kuasa serta menghalalkan pelbagai tindakan atas alasan kestabilan politik perlu ditolak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atau Negeri Sembilan akan datang.

Menurut Malaysia Gazette,UMNO dan BN seolah-olah menganggap negara ini sebagai milik mereka sehingga bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan.

“Inilah masalah politik mabuk kuasa. Yang mabuk ialah orang-orang politik seperti UMNO dan BN tetapi yang pening ialah rakyat.

“Dalam sejarah Eropah, ada istilah Pyrrhic victory iaitu kemenangan yang kosnya terlalu tinggi hingga kemenangan itu sendiri hampir menjadi kekalahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Fadhli berkata, istilah itu merujuk kepada Raja Pyrrhus dari Epirus yang berjaya menewaskan Rom, namun kehilangan terlalu banyak kekuatan sehingga kemenangan tersebut akhirnya merugikan dirinya sendiri.

Beliau berkata, situasi sama boleh dilihat dalam landskap politik semasa apabila UMNO dan BN dipercayai sedang menyusun langkah untuk meraih kemenangan.

“Mungkin UMNO dan BN merasakan mereka sedang menyusun kemenangan. Mungkin mereka yakin boleh mengukuhkan blok sendiri, menambah kerusi atau menekan lawan politik,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading