theme-sticky-logo-alt
June 5, 2026
32 Views

“Sesi Bergambar Jemaah Menteri Tiada Kaitan Dengan Pembubaran Parlimen,”-Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA — Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menafikan sesi fotografi rasmi Jemaah Menteri bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. Menurut Fahmi, sesi bergambar itu diadakan susulan pelantikan beberapa anggota baharu dalam Jemaah Menteri selepas rombakan Kabinet pada Disember lalu. Beliau berkata,... Read More

PUTRAJAYA — Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menafikan sesi fotografi rasmi Jemaah Menteri bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat.

Menurut Fahmi, sesi bergambar itu diadakan susulan pelantikan beberapa anggota baharu dalam Jemaah Menteri selepas rombakan Kabinet pada Disember lalu.

Beliau berkata, sehingga kini belum ada peluang untuk mengadakan sesi fotografi rasmi melibatkan keseluruhan barisan Jemaah Menteri selepas rombakan berkenaan.

“Perdana Menteri ada memaklumkan bahawa memang ada hasrat untuk mengambil gambar rasmi Jemaah Menteri kerana terdapat anggota baharu yang dilantik selepas rombakan Kabinet sebelum ini.

“Sebelum ini juga pernah diadakan sesi bergambar rasmi dengan konfigurasi Jemaah Menteri yang terdahulu, jadi perkara ini adalah amalan biasa dan tidak mempunyai kaitan dengan pembubaran Parlimen,” katanya pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi yang timbul susulan gambar Perdana Menteri bersama anggota Jemaah Menteri yang tular di media sosial.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading