theme-sticky-logo-alt
June 5, 2026
99 Views

Tunku Nadzaruddin Dimasyhur Sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-1

MELAKA — Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di sini, sebentar tadi. Menurut Malaysia Kini, Pemasyhuran itu diisytiharkan oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat dalam satu majlis ringkas. “Bahawasanya selaras dengan Perkara 11 Undang-undang Tubuh... Read More

MELAKA — Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di sini, sebentar tadi.

Menurut Malaysia Kini, Pemasyhuran itu diisytiharkan oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat dalam satu majlis ringkas.

“Bahawasanya selaras dengan Perkara 11 Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan 1959, kami Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dengan kuasa yang ada pada kami berkenaan memilih dan memasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12, berkuat kuasa serta-merta.

“Bersesuaian dengan pengisytiharan Undang Yang Empat yang dilakukan pada 19 April 2026. Sekian dimaklumkan,” katanya ketika membuat pengisytiharan tersebut.

Pengisytiharan itu kemudian disusuli dengan penerimaan oleh Tunku Nadzaruddin.

Majlis berkenaan berlangsung di hadapan Undang Yang Empat serta beberapa tetamu yang hadir.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading