Bagaimanapun, beliau menyifatkan pertemuan tersebut sebagai satu perjumpaan biasa.
“Yang nak jumpa kita jumpa. Saya tidak terlibat tetapi (pertemuan) dimaklumkan kepada saya,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia ketika ditemui di Marang.
Menurut laporan itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan antara yang menghadiri mesyuarat berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Pada masa sama, Biro Politik Umno turut mengadakan mesyuarat semalam yang dilaporkan berlangsung di hotel yang sama.
Dua hari lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa PAS dan Umno menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau turut menyifatkan situasi semasa sebagai masa yang sesuai untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional yang sebelum ini terbubar.
Cadangan itu timbul ketika PAS sedang menilai semula hubungannya dengan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu Bersatu. -FMT








