KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Abdul Halim Aman di Istana Negara hari ini.
Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan nasihat agar Abdul Halim melaksanakan amanah yang dipikul dengan penuh integriti dalam usaha memperkukuh agenda membanteras rasuah di negara ini.
Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan secara berterusan, tegas dan tanpa pilih kasih.
“Usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan secara berterusan, tegas dan tanpa pilih kasih bagi memastikan integriti serta kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara,” Titah Baginda
Abdul Halim dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 13 Mei lalu bagi menggantikan Azam Baki.
Pertemuan antara Abdul Halim dan Yang di-Pertuan Agong itu berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini.








