theme-sticky-logo-alt
May 29, 2026
30 Views

Isu Bersatu Kembali Bekerjasama Dengan Pakatan:”Itu Adalah Fitnah Terancang,”-Azmin Ali

KUALA LUMPUR — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa parti itu akan kembali bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah terancang yang turut melibatkan tuduhan wujudnya pertemuan dan perbincangan antara pimpinan parti... Read More

KUALA LUMPUR — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa parti itu akan kembali bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah terancang yang turut melibatkan tuduhan wujudnya pertemuan dan perbincangan antara pimpinan parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tujuan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Dakwaan dan fitnah yang jahat dan tidak berasas ini dikutip dari kumpulan orang politik yang muflis nilai-nilai perjuangan dan percubaan mereka untuk menutup kegagalan pengkhianatan dalam gerakan Langkah Bangkok,” katanya.

BERSATU turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan penyebaran berita daripada pihak yang disifatkan sebagai “fasiq” yang boleh memecahkan perpaduan dalam parti serta Perikatan Nasional, selain menasihatkan supaya setiap berita disemak dan ditentusahkan terlebih dahulu.

Parti itu mendakwa fitnah terhadap mereka semakin meningkat susulan dakwaan bahawa BERSATU semakin kuat dan mendapat sokongan rakyat serta golongan profesional.

Dalam kenyataan sama, BERSATU turut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai berpengalaman dalam mentadbir negara serta membawa pendekatan sederhana, inklusif dan prihatin.

“Pendirian BERSATU adalah tuntas dan luhur,” menurut kenyataan itu, sambil menegaskan parti tersebut akan terus mempertahankan muafakat politik dalam Perikatan Nasional bagi membina Malaysia yang “gagah, bermaruah dan progresif”.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pada 29 Mei 2026.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading