theme-sticky-logo-alt
May 29, 2026
38 Views

Insiden Tren LRT Tergelincir: “Kerja Baik Pulih Ambil Masa 3 Hingga 5 Hari,”-Anthony Loke

KUALA LUMPUR — Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tren di Laluan Ampang/Sri Petaling yang terlibat dalam insiden di Stesen Chan Sow Lin akan dialihkan hari ini sebelum kerja-kerja pembaikan landasan dimulakan. Beliau berkata, proses pengalihan gerabak yang masih berada di atas landasan akan dilakukan menggunakan kren dengan bantuan bogi khas, sebelum pembaikan dapat dijalankan oleh... Read More

KUALA LUMPUR — Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tren di Laluan Ampang/Sri Petaling yang terlibat dalam insiden di Stesen Chan Sow Lin akan dialihkan hari ini sebelum kerja-kerja pembaikan landasan dimulakan.

Beliau berkata, proses pengalihan gerabak yang masih berada di atas landasan akan dilakukan menggunakan kren dengan bantuan bogi khas, sebelum pembaikan dapat dijalankan oleh pihak berkaitan.

Menurutnya, kerja-kerja pembaikan di landasan berkenaan dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima hari, manakala operasi penuh dijangka kembali normal sekitar hari Rabu, 3 Jun, selepas cuti hujung minggu yang panjang.

Katanya, buat sementara waktu, perkhidmatan tren dari arah Ampang ke Sentul Timur akan berhenti di stesen tertentu dan berpatah balik ke Ampang bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pembaikan.

“Kelajuan akan dikawal dan kedua-dua hala akan beroperasi selepas ini,” katanya.

Loke berkata, insiden berlaku apabila sistem pertukaran landasan (switch) didapati tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan enam gerabak terkeluar daripada landasan, dengan dua gerabak pertama berada di luar rel sepenuhnya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading