theme-sticky-logo-alt
June 12, 2026
73 Views

“Selangor Akan Ambil Tindakan Terhadap Penempatan Haram,”-Amirudin Shari

KUALA SELANGOR – Kerajaan Selangor akan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap penempatan haram dan pelanggaran syarat guna tanah di seluruh negeri tanpa mengira latar belakang penghuni, termasuk kawasan yang didiami komuniti Rohingya. Menurut Buletin TV3, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata tindakan tegas akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, namun ia perlu dilaksanakan... Read More

KUALA SELANGOR – Kerajaan Selangor akan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap penempatan haram dan pelanggaran syarat guna tanah di seluruh negeri tanpa mengira latar belakang penghuni, termasuk kawasan yang didiami komuniti Rohingya.

Menurut Buletin TV3, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata tindakan tegas akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, namun ia perlu dilaksanakan mengikut proses perundangan yang ditetapkan dan tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Beliau berkata isu utama yang ditangani kerajaan negeri adalah pelanggaran syarat guna tanah, pembinaan struktur tanpa kelulusan serta kewujudan penempatan haram yang bercanggah dengan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Semua tempat yang mempunyai isu akan diuruskan berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada. Ia bukan berdasarkan sama ada penghuninya Rohingya, Indonesia, Vietnam, Nepal atau mana-mana warga asing lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran operasi loji memproses sisa pepejal kepada tenaga satu (WTE1) di Jeram, hari ini.

Amirudin menegaskan bahawa setiap tindakan penguatkuasaan yang diambil kerajaan negeri adalah berasaskan pelanggaran peraturan dan undang-undang, bukannya identiti atau kewarganegaraan penghuni sesuatu kawasan.

Sebelum ini, media melaporkan etnik Rohingya didakwa membina kediaman menyerupai flat empat tingkat secara tidak sah di kawasan terpencil di Sungai Tekali, Hulu Langat, Selangor.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading