theme-sticky-logo-alt
May 29, 2026
69 Views

Isu Belanjawan: “Semua Harus Bijak Tahu Masalah Dan Perbaiki Kelemahan, “-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Belanjawan 2027 akan dirangka dengan lebih banyak langkah penjimatan susulan tekanan ekonomi global yang menjejaskan kedudukan fiskal negara. Menurut BERNAMA, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, ketidaktentuan geopolitik dunia termasuk kesan rantaian susulan serangan Amerika Syarikat dan sekutunya Israel ke atas Iran memberi impak kepada... Read More

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Belanjawan 2027 akan dirangka dengan lebih banyak langkah penjimatan susulan tekanan ekonomi global yang menjejaskan kedudukan fiskal negara.

Menurut BERNAMA, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, ketidaktentuan geopolitik dunia termasuk kesan rantaian susulan serangan Amerika Syarikat dan sekutunya Israel ke atas Iran memberi impak kepada ekonomi global sekali gus menuntut perbelanjaan kerajaan yang lebih berhemah.

“Dampak daripada serangan itu menyebabkan ekonomi kita juga terjejas… jadi, jangan kita ambil sikap sambil lewa atau remehkan bila saya buat keputusan baharu.

“Memang kita minta kementerian-kementerian termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi rayulah… bagaimanapun, mesti ada pengurangan dalam jabatan kerana mustahil dalam RM20 bilion itu tidak boleh dijimatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata kerajaan akan terus memberi penekanan terhadap mutu pendidikan dan penyediaan kemudahan asas di sekolah serta universiti tanpa gangguan meskipun berlaku pengurangan peruntukan.

“Tumpuan terhadap mutu pendidikan dan kemudahan asas di sekolah dan universiti akan terus diperkukuh tanpa gangguan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengingatkan semua kementerian agar tidak beroperasi secara silo serta memahami cabaran ekonomi semasa dalam konteks lebih menyeluruh.

Anwar berkata setiap sektor dan kementerian memainkan peranan penting, namun keutamaan perbelanjaan perlu ditentukan secara bijaksana mengikut keperluan semasa.

“Dalam keadaan sekarang, semua harus waras dan bijak tahu masalah, perbaiki… ambil kesempatan dalam lompongan kelemahan-kelemahan ini, perbaiki… kurangkan kos yang mana perlu dan pada masa yang sama, menetapkan keutamaan,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading