theme-sticky-logo-alt
June 12, 2026
23 Views

PRN 16 : “Johor Pada 11 Julai Manakala Negeri Sembilan Pada 1 Ogos,”-Ramlan Harun

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN) Johor, manakala PRN Negeri Sembilan akan berlangsung pada 1 Ogos. Menurut Buletin Tv3, Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata hari penamaan calon bagi PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun ini, sementara pengundian awal akan diadakan... Read More

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN) Johor, manakala PRN Negeri Sembilan akan berlangsung pada 1 Ogos.

Menurut Buletin Tv3, Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata hari penamaan calon bagi PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun ini, sementara pengundian awal akan diadakan pada 7 Julai.

“Bagi PRN Negeri Sembilan pula, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai, manakala pengundian awal pada 28 Julai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR yang membincangkan urusan pelaksanaan PRN Johor dan Negeri Sembilan di Menara SPR, Putrajaya, hari ini.

Menurut SPR, tarikh-tarikh berkenaan ditetapkan bagi melengkapkan proses pilihan raya bagi kedua-dua negeri tersebut mengikut jadual yang telah diputuskan suruhanjaya itu.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading