theme-sticky-logo-alt
May 26, 2026
16 Views

Amirudin Shari Dilantik Sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR

PKR mengumumkan pelantikan Naib Presidennya, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai pengarah pilihan raya bersama parti itu, menggantikan Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar. Menurut Malaysia Gazette, Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, Amirudin akan menggalas tanggungjawab tersebut bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang kekal sebagai pengarah pilihan raya bersama. Menurut Fuziah, keputusan itu... Read More

PKR mengumumkan pelantikan Naib Presidennya, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai pengarah pilihan raya bersama parti itu, menggantikan Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar.

Menurut Malaysia Gazette, Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, Amirudin akan menggalas tanggungjawab tersebut bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang kekal sebagai pengarah pilihan raya bersama.

Menurut Fuziah, keputusan itu dibuat susulan mesyuarat parti yang berlangsung semalam sebagai sebahagian daripada penyusunan semula gerak kerja strategik pilihan raya bagi memperkukuh kesiapsiagaan PKR menghadapi pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, Nurul Izzah akan terus memainkan peranan strategik dalam parti dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan kapasiti jentera serta gerak kerja parti.

“Tumpuan ini sebahagian daripada pelaburan parti terhadap setiap anggota akar umbi supaya kekuatan PKR terus dibina secara menyeluruh, berterusan dan berakar di semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading