theme-sticky-logo-alt
May 26, 2026
20 Views

“Setakat Ini, Minyak RON95 Kekal RM1.99,”-Anwar Ibrahim

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat serta keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Astro Awani, beliau berkata kerajaan komited untuk mengekalkan harga minyak RON95 bersubsidi pada kadar RM1.99 seliter. Anwar yang juga... Read More

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat serta keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Astro Awani, beliau berkata kerajaan komited untuk mengekalkan harga minyak RON95 bersubsidi pada kadar RM1.99 seliter.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata hubungan baik Malaysia dengan beberapa negara termasuk Iran membantu memastikan laluan bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz berjalan lancar setakat ini.

“Hubungan baik dengan Iran ini membantu bekalan minyak cukup setakat ini, sampai Julai… Insya-Allah, diesel pun cukup walaupun hari itu ada masalah sedikit diesel tiada, naik sedikit harga kerana kita beli daripada luar yang melalui Selat Hormuz. Insurans naik, tambang kapal pun naik.

“Namun setakat ini, minyak RON95 kekal RM1.99,” katanya ketika berucap pada Majlis Agihan Perdana Lembu Korban MADANI Parlimen Permatang Pauh di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading