theme-sticky-logo-alt
May 17, 2026
70 Views

“Adakah PAS Tidak Mempunyai Pemimpin Yang Berwibawa, “-Lim Guan Eng

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan keputusan PAS melantik Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Besar Terengganu. Menurut Lim, kedua-dua jawatan itu memerlukan komitmen dan tumpuan penuh, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada PAS tidak mempunyai pemimpin lain yang mampu memikul tanggungjawab berkenaan. Beliau berkata,... Read More

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan keputusan PAS melantik Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Besar Terengganu.

Menurut Lim, kedua-dua jawatan itu memerlukan komitmen dan tumpuan penuh, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada PAS tidak mempunyai pemimpin lain yang mampu memikul tanggungjawab berkenaan.

Beliau berkata, tugas sebagai Ketua Pembangkang memerlukan kehadiran konsisten di Parlimen, manakala jawatan Menteri Besar pula memerlukan perhatian terhadap pentadbiran negeri di Kuala Terengganu.

“Sejauh manakah Dr Ahmad mampu menjalankan tugas kedua-dua jawatan sekaligus dengan baik bila lokasi kerja terpisah begitu jauh sekali di antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu?” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Lim turut membangkitkan rekod kehadiran Samsuri di Parlimen berdasarkan portal myparliament.calmic.com.my.

Menurutnya, Ahli Parlimen Kemaman itu merekodkan kehadiran sebanyak 158 daripada 248 hari persidangan, bersamaan 63.7 peratus.

Beliau berkata, portal berkenaan turut meletakkan status “needs improvement” terhadap kadar kehadiran tersebut.

Lim mempersoalkan bagaimana Samsuri dapat menjalankan tugas sebagai Ketua Pembangkang sekiranya kehadiran di Parlimen masih berada pada tahap itu.

Dalam masa sama, beliau berkata sekiranya Samsuri memberi tumpuan penuh kepada sidang Parlimen, timbul persoalan sama ada beliau mampu melaksanakan amanah sebagai Menteri Besar dengan berkesan.

Katanya, keadaan “memakai dua topi” itu disifatkan tidak realistik dan kurang praktikal kerana boleh menjejaskan fokus terhadap kedua-dua tanggungjawab berkenaan.

Beliau turut mendakwa rakyat Terengganu dan penyokong PN di peringkat Parlimen berisiko tidak mendapat manfaat daripada perhatian dan tumpuan sepenuhnya sekiranya situasi itu berterusan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading