theme-sticky-logo-alt
May 17, 2026
39 Views

Isu Krisis Adat Negeri Sembilan: “Kita Ada Had Kesabaran,”- Aminuddin Harun

JOHOR BAHRU — Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menyifatkan wujud pihak tertentu yang bertindak sebagai “penebuk kapal dari dalam” sehingga menyebabkan kebocoran dan pengkhianatan dalam gabungan politik itu. Menurut Malaysia Gazette, Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata perjuangan PH diibaratkan seperti sebuah kapal besar yang dibina bersama bagi mengharungi perjalanan politik, namun... Read More

JOHOR BAHRU — Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menyifatkan wujud pihak tertentu yang bertindak sebagai “penebuk kapal dari dalam” sehingga menyebabkan kebocoran dan pengkhianatan dalam gabungan politik itu.

Menurut Malaysia Gazette, Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata perjuangan PH diibaratkan seperti sebuah kapal besar yang dibina bersama bagi mengharungi perjalanan politik, namun terdapat individu tertentu yang merosakkannya demi kepentingan sendiri.

“Kita bina kapal besar bersama-sama, tetapi ada yang tebuk kapal dari dalam sampai air masuk. Bila kapal bocor, itu tandanya ada pengkhianatan berlaku.

“Ada juga ketika membina kapal, ada yang mahu tambah macam-macam termasuk kolam renang, akhirnya bila tidak dapat apa yang dimahu, kapal itu pula ditebuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan bertemakan ‘Tekad Madani, Harapan Rakyat’ di Persada Johor International Convention Centre, hari ini.

Dalam ucapannya, Aminuddin berkata kehadiran pimpinan serta jentera PH dari seluruh negara ke konvensyen itu menunjukkan gabungan berkenaan semakin bersedia menghadapi cabaran politik semasa.

Pada masa sama, beliau turut mengkritik pihak tertentu yang didakwa tidak konsisten dalam hubungan politik.

“Hari ini bersama kita, esok mahu tanding semua kerusi. Hari ini hormat dan setuju, esok mungkir janji.

“Kita ini ada had kesabaran, ada jiwa dan ada maruah yang perlu dipertahankan,” katanya lagi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading