theme-sticky-logo-alt
May 17, 2026
3 Views

Pelantikan Carrick: Adakah United Masih Bereksperimen?

Manchester United dilaporkan telah melantik Michael Carrick sebagai pengurus tetap dan menandatangani kontrak selama 2 tahun, dari sudut pandangan romantik — seorang bekas pemain setia, memahami budaya kelab dan pernah menjadi sebahagian daripada era kejayaan kelab kini menjadi pengurus kelab. Namun dalam era bola sepak moden, nostalgia sahaja belum cukup untuk menyumbang kejayaan sesebuah kelab.... Read More

Manchester United dilaporkan telah melantik Michael Carrick sebagai pengurus tetap dan menandatangani kontrak selama 2 tahun, dari sudut pandangan romantik — seorang bekas pemain setia, memahami budaya kelab dan pernah menjadi sebahagian daripada era kejayaan kelab kini menjadi pengurus kelab. Namun dalam era bola sepak moden, nostalgia sahaja belum cukup untuk menyumbang kejayaan sesebuah kelab.

Kebaikan: Identiti, Kestabilan dan Pemahaman Dalaman

Carrick merupakan legenda kelab. Dia telah mencatatkan 464 penampilan sepanjang tempoh 12 tahun sebagai pemain dan telah memenangi banyak gelaran, termasuk lima trofi Liga Perdana dan satu trofi Liga Juara-Juara UEFA. Carrick tahu cara untuk menang dan beliau tahu standard yang diperlukan untuk pasukan yang terkenal dengan jolokan The Red Devils. Sebagai Contoh,beliau berjaya mengembalikan DNA United dalam beberapa perlawanan musim ini.

Selain itu,rekod cemerlang ketika menjadi pengurus sementara dan membuktikan carrick benar-benar mahu membawa United kembali bersaing dengan kelab-kelab besar dalam liga perdana semasa era emas mereka mereka,sebagai beliau mencatatkan 10 kemenangan daripada 14 perlawanan termasuk kemenangan bergaya menewaskan seteru utama seperti city, arsenal, liverpool dan chelsea.

Seterusnya, keharmonian Skuad. Hubungan yang sudah terjalin boleh memudahkan komunikasi taktikal dan membina kepercayaan dalam bilik persalinan.Sebagai contoh semasa carrick menjadi pembantu Ole Gunnar Solskjær beliau telah pun mengenali beberapa pemain senior seperti Luke shaw,Bruno Fernandes, Harry Maguire dan dilaporkan pemain baru seperti Mattheus Cunha,Benjamin Sesko dan Bryan Mbuemo juga menyatakan bahawa mereka gembira dan ingin beliau kekal sebagai pengurus kelab bagi musim hadapan.

Dibawah kendalian pengurus dari England ini United berjaya membawa kembali ke pentas eropah, umum mengetahui pasukan melalui musim yang suram tanpa sebarang pertandingan eropah jadi dengan kembalinya kelab ke pentas berprestij itu sudah tentu akan menarik minat penajaan,pemain baru dan yang paling penting berjaya membawa kelab untuk bersaing di pentas tertinggi eropah untuk kempen 2026/27.

Risiko: Pengalaman, Tekanan dan Ekspektasi Global

Namun, menjadi pengurus tetap Manchester United adalah cabaran berbeza berbanding peranan pembantu atau pengendali sementara. Tekanan media, ekspektasi penyokong global dan tuntutan untuk bersaing merebut kejuaraan setiap musim menjadikan jawatan ini antara yang paling mencabar di dunia bola sepak.

Risiko utama ialah tiada pengalaman mengurus pasukan di peringkat elit. Sebagai Contoh, Carrick hanya mengurus kelab championship, Middlesbrough dan harus ditingkatkan bermula musim hadapan kelab akan bersaing semula di peringkat Eropah dimana kelab-kelab gergasi seperti PSG, Real Madrid,Barcelona, Bayern Munich yang menuntut gaya permainan berintensiti tinggi dan perang taktikal dari pengurus-pengurus elit seperti Luis Enrique,Pep Guardiola,Hansi Flick dan beberapa yang lain. Perkara ini juga dibuktikan dalam beberapa perlawanan musim ini. Sebagai contoh,menentang Liverpool,Brentford,Crystal Palace,Spurs dan Chelsea adalah kemenangan yang diperoleh bukan hasil dari corak permainan dan prestasi yang konsisten cuma adil mengatakan tuah memihak kepada United dalam keputusan perlawanan-perlawanan tersebut.

Kedua,Naratif Ole 2.0 meniti di bibir sesetengah peminat yang merasakan risiko untuk carrick akan menerima nasib yang sama seperti lagenda kelab tersebut. Perlu diingatkan sebelum Ole dilantik pengurus tetap beliau juga telah melakukan tugas yang sangat baik dengan mencatatkan 32 kemenangan dari 39 perlawanan dan beberapa keputusan positif termasuk menewaskan PSG dalam saingan Liga-juara-juara Eropah sebelum dipecat dua tahun kemudian walaupun berjaya menamatkan saingan liga ditempat ke-3 dan ke-2.

Kelab telah melantik 10 pengurus termasuk pengurus sementara dalam masa 13 tahun sejak pemergian pengurus lagenda mereka Sir Alex Ferguson. Punca pemecatan pengurus-pengurus tersebut majoritinya ada lah gaya permainan tidak sesuai dengan pemain sedia ada dan konflik dalaman skuad dan hierarki kelab.

Kesimpulan

Carrick mempunyai kelebihan dari segi identiti dan kestabilan dalaman. Tetapi jawatan pengurus tetap Manchester United memerlukan lebih daripada reputasi sebagai legenda kelab. Ia memerlukan pengalaman, ketegasan dan keupayaan mengurus tekanan.

Akhirnya, persoalan bukan sekadar sama ada Carrick layak diberi peluang — tetapi adakah beliau mempunyai struktur cukup kukuh untuk membawa United kembali ke zaman kegemilangan mereka. Sedar atau tidak United sudah 13 tidak memenangi Liga Perdana Inggeris, ya kedengaran tidak adil untuk terus meletakkan tekanan kepada pasukan yang masih dalam penstrukturan semula tetapi peminat sudah cukup terseksa untuk melihat pasukan kesayangan mereka melalui musim yang terumbang-ambing. Bagi pendapat penulis,bukan mahu pasukan terus menjuarai liga musim hadapan tetapi sekurang-kurangnya beri saingan dalam perebutan kejuaraan kerana itu merupakan DNA pasukan sejak 2 dekad lalu.Penulis sebagai peminat kelab sejak 16 tahun lalu berpendapat pasukan besar seperti Manchester United bukan hanya menuntut kestabilan tetapi menuntut trofi. Tanpa visi dan misi serta pelan jelas pelantikan ini boleh dianggap sebuah lagi episod duka. Jadi diharapkan carrick dan juga pengurusan tertinggi kelab sudah mengadakan perbincangan secara terperinci tentang hala tuju prestasi serta penambahbaikkan dalam beberapa aspek kerana peminat sudah muak dengan pertukaran pengurus yang dilihat sering berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading