theme-sticky-logo-alt
May 9, 2026
97 Views

“Naikkan Kembali GST,”- Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara. Menurut Malaysia Gazette, perkara paling penting bukanlah nama cukai yang digunakan, sebaliknya usaha membina sistem percukaian yang lebih mampan serta adil kepada rakyat dan negara. “Naikkan kembali GST. Nak guna apa... Read More

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

Menurut Malaysia Gazette, perkara paling penting bukanlah nama cukai yang digunakan, sebaliknya usaha membina sistem percukaian yang lebih mampan serta adil kepada rakyat dan negara.

“Naikkan kembali GST. Nak guna apa nama pun, panggil apa pun… yang penting asas percukaian kita mesti kukuh dan adil.

“Panggillah apa pun boleh. Seperti Fair and Equitable Tax. Madani Tax! Sebab apa? Pendapatan kita tidak cukup,” katanya ketika menjadi ahli panel program Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

“Saya kata, what if something happens? Macam Covid-19, tak pernah terjadi, sekarang sudah terjadi. Perang di Asia Barat contohnya, jadi saya kata, you (kerajaan) cannot cover dengan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan),” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading