KUANTAN — Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menegaskan pendirian agar Negeri Pahang diberikan layanan serta pertimbangan yang saksama susulan kenyataan oleh Perdana Menteri.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, baginda bertitah bahawa baginda mengambil maklum akan kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum menegaskan perkara tersebut.
“Saya mengambil maklum akan kenyataan YAB Perdana Menteri. Sehubungan itu, saya ingin menegaskan pendirian agar Negeri Pahang diberikan layanan serta pertimbangan yang saksama,” menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, baginda turut menyertakan rangkap pantun:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Kenyataan itu dikeluarkan dari Istana Abdulaziz, Kuantan bertarikh 8 Mei 2026 bersamaan 20 Zulkaedah 1447H.








