theme-sticky-logo-alt
May 7, 2026
103 Views

“Tiada Pelantikan Menteri Besar Baharu Selagi Krisis Adat Belum Diselesaikan,”-Anthony Loke

SEREMBAN — Anthony Loke menegaskan tiada pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan baharu boleh dilakukan selagi krisis adat membabitkan institusi diraja negeri itu belum diselesaikan. Menurut Sinar Harian, Beliau berkata semua pihak perlu memahami kedudukan semasa dan menghormati proses yang sedang berlangsung tanpa campur tangan politik. “Kita hormat institusi itu. Kita jangan campur dan tidak boleh... Read More

SEREMBAN — Anthony Loke menegaskan tiada pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan baharu boleh dilakukan selagi krisis adat membabitkan institusi diraja negeri itu belum diselesaikan.

Menurut Sinar Harian, Beliau berkata semua pihak perlu memahami kedudukan semasa dan menghormati proses yang sedang berlangsung tanpa campur tangan politik.

“Kita hormat institusi itu. Kita jangan campur dan tidak boleh masuk campur. Perkara itu mesti diselesaikan dalam institusi tersebut sendiri,” katanya ketika berucap pada ceramah perdana pimpinan utama Pakatan Harapan di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada Rabu.

Beliau berkata, selagi isu berkenaan belum selesai, implikasinya menyebabkan tiada keputusan besar boleh dibuat di negeri itu.

Katanya, antara keputusan yang tidak dapat dilaksanakan ialah pelantikan Menteri Besar baharu kerana majlis angkat sumpah tidak boleh diadakan.

“Yang kedua, pelantikan mana-mana ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baharu juga tidak boleh dibuat, malah pembubaran Dewan Undangan Negeri juga tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Anthony bagaimanapun berkata, semua pihak termasuk jentera parti perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

“Kita kena bersedia pada bila-bila masa. Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan, kita masuk gelanggang, kita lawan dan dapatkan semula mandat rakyat,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading