KUALA LUMPUR – UMNO menegaskan cadangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang agar parti itu kembali kepada perjuangan Islam boleh dipertimbangkan sekiranya pemimpin Pas membuang rasa khianat.
Menurut Malaysia Gazette, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, ruang untuk mempertimbangkan semula kerjasama itu masih ada namun ia bergantung kepada perubahan sikap pemimpin Pas.
“Dulu saya yang memulakan (Muafakat Nasional) tapi DNA mereka adalah khianat.
“Kalau mereka hilangkan rasa khianat dalam hati mungkin kita boleh pertimbangkan, tetapi kalau khianat masih terus ada elok kita lupakan,” katanya hari ini.








